Sunday, November 8, 2009

Wacana Umum 1: Isu-Isu Syariah Dalam Kenegaraan Malaysia


Pada 2 Oktober 2009, kami telah menjemput Ustaz Khairy Jalalluddin dan Ustaz Hakim Ramlee untuk membentangkan pandangan mereka terhadap 2 isu berbeza dalam Isu-Isu Syariah Dalam Kenegaraan Malaysia.

Ustaz Khairy Jalalluddin ialah lulusan Al-AlBayt University, Jordan pada tahun 2000 dalam Fiqh dan Kanun. Pernah berkhidmat sebagai pegawai JASA dan aktif dalam politik UMNO. Ketika saya menulis masukan ini, beliau telah ditempatkan di Kedutaan Mesir sebagai pegawai di sana selama satu tahun.

Ustaz Hakim Ramlee ialah Lulusan Mouta University, Jordan pada 1999 dalam bidang Syariah dan Pengajian Islam. Beliau juga pemilik Freepocket Studio dan aktif bermain muzik misalnya di Pekan Frinjan. Beliau juga Pengarah Eksekutif Middle Eastern Graduate Center (MEGC), Koordinator Institut Kajian Dasar dan Pengarah Awal Nahdah Resources.

Program telah dilangsungkan pada pukul 8 malam hingga 10.30 malam di Restoran Village View, Bangi. Kehadiran program termasuk ialah seramai 9 orang termasuk pembentang.

Program dimulakan dengan sesi suai kenal, makan dan seterusnya Ustaz Hakim Ramlee memulakan pembentangannya dan seterusnya oleh Ustaz Khairi. Seterusnya, sesi soal jawab dan bertukar fikiran berlangsung.

Kertas kerja kedua-dua pembentang akan disertakan kemudian. Kami memohon maaf kerana tidak sempat menyediakan rakaman video atas masalah teknikal.

No comments: